Maklumat Penting

Terma & Syarat, dan Bayaran

1. Tempahan & Bayaran

  • Deposit RM500 seorang diperlukan untuk mengesahkan tempahan. Tidak boleh dikembalikan (non-refundable).
  • Bayaran penuh mesti diterima sekurang-kurangnya 30 hari sebelum tarikh berlepas.
  • Tempahan lewat (kurang 30 hari sebelum berlepas) tertakluk kepada tarikh dan slot yang masih ada.
  • Ground Package boleh dibayar secara ansuran bulanan. Tiada amaun fixed.

2. Pembatalan & Bayaran Balik

  • Pembatalan mesti dihantar secara bertulis.
  • Lebih 90 hari sebelum berlepas: semua bayaran dikembalikan kecuali deposit.
  • Kurang 90 hari sebelum berlepas: tiada bayaran balik; caj pembatalan bersamaan harga penuh package.
  • Tiada bayaran balik untuk servis yang tidak digunakan atau balik lebih awal.
  • Jika trip ditangguhkan, deposit boleh dibawa ke trip akan datang. Deposit tidak dikembalikan dalam apa jua keadaan.

3. Travel Insurance

  • Kami amat mengesyorkan semua traveler membeli travel insurance yang komprehensif semasa membuat tempahan.
  • Agensi tidak bertanggungjawab atas kos akibat kelewatan, pembatalan atau kecemasan perubatan semasa travel.
  • Insurance patut meliputi pembatalan trip, kecemasan perubatan, kelewatan, bagasi hilang & liabiliti peribadi.
  • Kami hanya bertindak sebagai orang tengah antara traveler dan penyedia insurance, bukan syarikat insurance.
  • Travel insurance tidak menjamin bayaran balik penuh — bergantung kepada terma polisi yang dibeli.
  • Jika traveler tidak membeli insurance, mereka bertanggungjawab penuh atas sebarang kos akibat pembatalan atau kecemasan.

4. Perubahan oleh Pelanggan

  • Permintaan perubahan mesti dibuat secara bertulis dan mungkin dikenakan caj tambahan.
  • Agensi tidak menjamin semua perubahan boleh diaturkan.
  • Pelanggan boleh menukar tarikh travel sebanyak 2 kali sahaja. Selepas itu, package dikira muktamad untuk tarikh terakhir yang dipilih.

5. Perubahan oleh Agensi

  • Agensi berhak mengubah itinerari atau penginapan atas sebab-sebab yang tidak dijangka.
  • Pelanggan akan dimaklumkan dengan segera jika ada perubahan besar.

6. Pasport, Visa & Syarat Kesihatan

  • Pelanggan bertanggungjawab memastikan mereka memenuhi syarat kemasukan negara destinasi.
  • Adalah tanggungjawab traveler sendiri untuk memiliki pasport, visa dan dokumen yang sah untuk semua destinasi.
  • Pasport mesti sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh balik, atau seperti dikehendaki negara destinasi.
  • Agensi tidak bertanggungjawab atas kerugian, ketinggalan flight atau kos tambahan akibat kegagalan traveler menyediakan dokumen yang diperlukan.
  • Tiada bayaran balik jika traveler ditolak masuk atau tidak dapat travel akibat tidak mematuhi syarat kemasukan.

7. Tingkah Laku

  • Tingkah laku yang mengganggu group atau operasi tour boleh menyebabkan penamatan penyertaan tanpa bayaran balik.

8. Force Majeure

Agensi tidak akan bertanggungjawab atas kegagalan atau kelewatan memenuhi obligasi di bawah Terma & Syarat ini jika disebabkan oleh perkara luar kawalan munasabah, termasuk (tetapi tidak terhad kepada): bencana alam, peperangan, keganasan atau rusuhan awam, tindakan kerajaan atau sekatan travel, wabak/pandemik, mogok atau gangguan pengangkutan, kebakaran/letupan, atau kegagalan pembekal pihak ketiga akibat sebab-sebab di atas.

Dalam keadaan sedemikian, Agensi akan berusaha sedaya upaya menawarkan susunan alternatif atau menjadualkan semula servis yang terjejas. Walau bagaimanapun, tiada bayaran balik atau pampasan akan diberikan untuk pembatalan atau perubahan akibat Force Majeure. Traveler digalakkan membeli travel insurance yang meliputi situasi Force Majeure.

Butiran Bayaran

1. Mata Wang & Kaedah Bayaran

Semua bayaran mesti dibuat dalam RM melalui Bank Transfer sahaja. Untuk pelanggan antarabangsa, kami menerima bayaran melalui Wise Account.

2. Bank Transfer

Bank: Maybank
Nama Akaun: Lady Backpackers Travel & Tours Sdn. Bhd.
No. Akaun: 5629 7303 4406
Sila sertakan No. Invois Tempahan atau Nama Penuh sebagai rujukan semasa membuat bayaran.

3. Bayaran Tunai

Bayaran tunai boleh dibuat terus di pejabat kami semasa waktu operasi.